Wednesday, March 11, 2009


KOMUNITI KITA

Kakitangan MPKj jelajah Taman Negara

AHLI Kelab Kembara MPKj bergambar kenangan di Taman Negara baru-baru ini.


CABARAN. Seramai 40 orang kakitangan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) daripada pelbagai jabatan telah mengadakan Program Eksplorasi Taman Negara selama tiga hari baru-baru ini.

Pengerusi program, Rajani Rajimin berkata, program anjuran Kelab Kembara MPKj itu dikendalikan oleh Nusa Leisure Travel Sdn. Bhd. dan ia bertujuan membolehkan peserta menimba pengalaman baru di samping melepaskan mereka daripada tekanan bebanan kerja.

"Sangat menarik kerana aktiviti kami penuh. Antaranya ialah berjalan di atas jambatan gantung, mengembara pada waktu malam, menjelajah gua telinga, melawat taman ikan kelah dan paling menarik, melawat perkampungan Orang Asli suku Temuan," katanya.