Friday, April 17, 2009

HATI HATI....

Pelancong Malaysia ke Indonesia diminta awasi serunding babi
17/04/2009 6:40pm

JAKARTA 17 April — Berikutan penemuan lima jenama ’abon’ (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran, seperti yang disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, pelancong Malaysia terutama yang beragama Islam ke sini perlu lebih berhati-hati.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi dalam lima jenama.

“Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (polymerase chain reaction),” kata Ketua BPOM, Husniah Rubiana Thamrin, seperti dipetik akhbar tempatan, Republika, hari ini. - Bernama