Thursday, January 22, 2009

Medan Menjadi Tumpuan

Oleh Hartini Mohd Nawi
tini@hmetro.com.my


MEDAN di Sumatera Utara, Indonesia antara lokasi percutian menarik untuk dikunjungi kerana pelbagai pengalaman baru boleh ditimba apatah lagi kehidupan masyarakatnya berbeza.

MEDAN di Sumatera Utara, Indonesia antara lokasi percutian menarik untuk dikunjungi kerana pelbagai pengalaman baru boleh ditimba apatah lagi kehidupan masyarakatnya berbeza.

Firefly, anak syarikat milik penuh Penerbangan Malaysia (MAS), terbang ke Medan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.


Penerbangan sekali sehari itu mengambil masa kira-kira sejam untuk tiba di Lapangan Terbang Polonia, Medan.

Bagi berkongsi pengalaman menarik, Firefly membawa rombongan media dan ejen pelancongan Malaysia ke Medan, Danau Toba dan Berastagi selama lima hari empat malam.

Medan antara bandar sibuk dan padat. Di sini letaknya Istana Maimoon dan Masjid Raya Al-Mashun yang menjadi bukti kesultanan Deli yang memerintah pada 1888.

Istana Maimon agak unik dan kaya dengan seni ukiran daripada dinding, serambi hinggalah kepada perabotnya sekali gus menyerlahkan nilai estetika tersendiri.

Tidak lengkap kunjungan anda jika tidak berkunjung ke tasik Danau Toba, kira-kira empat jam dari Kota Medan.

Sejarahnya bermula apabila Gunung Toba meletup sekitar 74,000 tahun lalu. Letupan kuat itu melenyapkan gunung berkenaan.

Kini, hanya tinggal sebuah danau cantik dan luas yang dikenali Danau Toba, salah satu tumpuan pelancong menarik di Sumatera Utara.

Justeru, danau itu adalah bekas kawah gunung berapi terbesar di dunia. Panjang Danau Toba ialah 100 kilometer dan 30 kilometer lebar dengan pembentukan batu berbentuk pulau dikenali Pulau Samosir.

Peninggalan daripada letusan gunung itu kini didiami kebanyakannya masyarakat berketurunan Batak.

Di Pulau Samosir, Toledo Inn antara lokasi penginapan terbaik kerana bukan sekadar terletak di tengah Danau Toba, malah binaan dan reka bentuk biliknya membawa anda mengenali kebudayaan masyarakat Batak.

Berhampiran Teledo Inn yang dikenali sebagai Kampung Tuk-Tuk itu, banyak penginapan bajet berlatarkan reka bentuk kediaman masyarakat Batak.

Bagi anda yang ingin melihat perkampungan dan corak hidup masyarakat berkenaan, kunjungan ke Kampung Ambarita dan Tomok tentunya tidak dilepaskan.

Di dua perkampungan yang wujud ratusan tahun dulu itu, pelbagai cenderahati termasuk baju-T, kraftangan dan kalendar Batak dijual.

Berhati-hati ketika membeli-belah kerana jika tersilap percaturan anda tentu terbeli barangan yang dijual mahal.

Kampung Ambarita memaparkan suasana sebenar kehidupan masyarakat Batak dapat disaksikan apatah lagi rumah contoh disediakan untuk tatapan umum.

Kunjungan ke Air Terjun Sipiso-piso pula yang membawa maksud pisau kerana air terjun berkenaan menyerupai pisau.

“Berada di pergunungan Berastagi, nikmati kelazatan pelbagai buah-buahan tempatan.

“Ada juga boleh merasai pengalaman menaiki kuda sekitar pekan Berastagi,” kata pemandu pelancong dari Narasindo Tour, Sudy R J.

Singgah seketika di kaki Gunung Sibayak untuk melihat sendiri keadaan gunung berapi yang mengeluarkan asap dan pernah meletus pada 1937.

Air panas yang mengalir dari gunung berkenaan dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit selain menjadi lokasi santai masyarakat tempatan dan pelancong asing.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam dan Media Firefly, Herman Mizar Azmi, berkata kunjungan media dan ejen pelancongan Malaysia ke Medan itu bagi mempromosikan keunikan lokasi berkenaan yang berlatarkan keunikan sejarah gunung berapinya.

“Pengalaman berbeza yang ditimba setiap wakil media dan ejen pelancongan yang mengikuti lawatan ini pastinya menterjemahkan pelbagai cerita untuk diuar-uarkan kepada masyarakat negara ini

“Lagipun Firefly sentiasa menawarkan pakej penerbangan yang murah dan merealisasikan impian sesiapa saja ke Medan serta lokasi lain,” katanya.

Wednesday, January 14, 2009

Jogja sarat budaya Jawa

BEBERAPA minit sebelum pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisut Jipto, Jogjakarta, saya dapat melihat dengan jelas pemandangan dari udara kota yang berusia lebih 200 tahun itu.

Saya tertanya-tanya, selain bangunan lama serta candi di kota yang akan menyambut ulang tahun ke-252 Oktober ini, apa lagi daya tarikan di situ sehingga menjadi tumpuan pelancong ke Indonesia.


Dan selama beberapa hari di sana atas jemputan Jabatan Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Jogjakarta, saya mendapat jawapan bagi soalan itu.

Di sebalik kepelbagaian tempat menarik untuk dikunjungi, keramahan penduduknya membuatkan pengunjung tidak kekok malah 'tertawan' dengan keadaan di sana walaupun pertama kali menjejak kaki ke Jogjakarta.

Di sana, penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Jawa yang mempunyai kelainan budaya dan bahasa sentiasa menyambut pelancong dengan senyuman.

Jogjakarta juga dikenali Yogyakarta, Yogya dan Jogja terkenal sebagai pusat budaya dan seni masyarakat Jawa yang ditadbir Sultan yang juga Gabenor di tempat itu. Beliau dikenali dengan nama Sultan Hamengkubuwono ke-10.

Ia memiliki kepelbagaian tempat pelancongan bermula daripada Gunung Merapi, keindahan pantai, kesenian dan kebudayaan, kraton atau istana Sultan serta candi purba.

Bagi penganut Buddha, Candi Borobudur, kira-kira 42 kilometer barat laut Jogjakarta menjadi tumpuan terutama jika ada perayaan seperti Hari Wesak.

Jika Candi Borobudur terkenal untuk masyarakat beragama Buddha, Candi Prambanan pula dibina penganut Hindu sekitar abad ke-9 turut menjadi lokasi tumpuan pelancong.

Pelancong juga boleh melawat Istana Air Taman Sari yang pernah digunakan Sultan Hamengkubuwono pertama tetapi kini menjadi antara lokasi kunjungan selepas ditinggalkan selepas Gunung Merapi meletup pada 1814.

Pelancong yang mahu melihat seni bina tradisional Jawa boleh melawat Istana Sultan atau Kraton.

Kraton hanya dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 2 petang Isnin hingga Sabtu dan 8.30 pagi hingga 1 petang pada Jumaat kerana sulatan masih menggunakan istana berkenaan.

Jika mahu membeli-belah, anda boleh mendapati pelbagai barangan seperti batik, kraftangan, tembikar dan barangan perak di pasar Malioboro. Jika bijak tawar menawar, anda boleh mendapat harga lebih murah.

Panduannya mudah, minta diskaun sehingga 50 peratus daripada harga barangan itu.

Tetapi jika anda mencari batik berkualiti tinggi, lokasinya ialah Muzium Lingkungan Batik Imogiri-Bantul manakala Kotagede terkenal dengan barangan kraftangan daripada perak.

Pasar Ngasem pula menjual pelbagai spesies haiwan termasuk burung, ular, monyet dan tupai.

Kunjungan ke Jogjakarta sesuatu yang berbaloi dan jika ada peluang, saya akan ke sana lagi.

Petikan - harian Metro

Lawat Kubur mangsa Tsunami

PERJALANAN selama 16 jam di jalan sempit yang ber liku-liku kira-kira 648 Kilometer (km) dari Medan ke Banda Aceh di Sumatra Utara, Indonesia tidak mudah untuk dilupakan.

Walaupun jalan berkenaan sempit dan sibuk dengan pel bagai kenderaan, sikap pemandu dan penggunanya memang berdisiplin.


Pemandu pelancong, Lilik Suripto, 51, berkata pemandu lebih berhati-hati ketika di jalan raya dan mengelak terbabit dalam kemalangan.

“Dalam keadaan sekarang ekonomi agak meruncing, elak daripada membuang wang,” katanya.

Banda Aceh masih tidak banyak berubah selepas dilanda tsunami pada Disember 2004. Apa yang tinggal adalah runtuhan kediaman dan kedai selain kubur besar me nempatkan mangsa bencana itu.

Sebahagian besar bangunannya tidak dibaiki manakala penduduknya meneruskan kehidupan harian seolah-olah tragedi mengorbankan ratusan ribu nyawa itu tidak pernah berlaku.

Di Kampung Punge Jurong, kapal seberat 2,600 tan masih tersadai di tengah kampung itu walaupun kedudukannya berkenaan kira-kira lima km dari laut.

Kapal sepanjang 63 meter dan lebar 19 meter itu dikatakan berlabuh tidak jauh dari jeti, dihanyutkan gelombang tsunami ke tengah kampung. Kini, ia menjadi mercu tanda yang menarik kunjungan pelancong.

Ada yang mengatakan, ada beberapa kenderaan dan rumah kediaman tersepit di bawah kapal sehingga ramai yang menemui ajal di bawahnya.

Bagaimanapun, pengunjung tidak dibenarkan menaiki ka pal itu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Tidak jauh dari lokasi kapal ini, ada kubur besar yang menempatkan kira-kira 3,000 mangsa tsunami yang tidak dapat dikenal pasti.

Bagaimanapun kawasan perkuburan seluas kira-kira 0.5 hektar itu kini menjadi kawasan larangan.

Agak sukar merakamkan gambar dari sudut tinggi kerana di Banda Aceh tidak terdapat bangunan tinggi, kebanyakan bangunannya ialah dua atau tiga tingkat saja.

Sebelum penulis beredar dari Kampung Punge seorang penduduk secara berseloroh memberitahu kapal tersadai itu akan dialihkan ke tengah laut sekiranya berlaku tsunami berikutnya.

Satu lagi yang menjadi kenangan penulis ialah masjid yang begitu banyak sepanjang perjalanan itu sejauh kira-kira 648 km itu. Secara purata, ada tiga masjid untuk setiap dua km.

Bebek Bakar di Jakarta

SUDAH beberapa kali mengunjungi Jakarta, tetapi masih banyak yang belum sempat penulis terokai di antara bandar dengan kepadatan penduduk paling tinggi di dunia itu.

Berbanding kunjungan terdahulu, lawatan kali ini memberikan pengalaman berbeza kerana kebetulan pada minggu pertama masyarakat Islam berpuasa. Ini memberikan penulis peluang melihat sendiri kemeriahan warga Indonesia menyambut Ramadan.


Sepanjang perjalanan menaiki bajai (kenderaan penumpang bermotor seperti tuk tuk di Thailand) dari stesen Gambir ke hotel penginapan di Jalan Jaksa, penulis dapat melihat jalan Jakarta sibuk seperti biasa.

Yang menarik perhatian ialah rakyatnya sama ada Islam atau bukan Islam bebas makan di tempat awam, tiada tangkapan pihak berkuasa agama Islam seperti di Malaysia.

Berikutan Indonesia memiliki lebih 300 suku etnik dan menggunakan bahasa pertuturan sama, memang sukar mengenal pasti sama ada seseorang itu Islam atau sebaliknya.

Kafe seperti Starbucks dan Coffee Bean umpamanya dipenuhi oleh golongan muda berbangsa Cina, Betawi, dan mereka yang tidak berpuasa.

Keesokan harinya, penulis mengunjungi kawasan elit di sekitar Kemang, Kuningan dan Bintaro. yang menjadi tumpuan golongan ekspatriat di Jakarta.

Daerah ini terkenal dengan deretan butik berjenama, kedai antik dan pelbagai pub, kafe dan restoran yang ada dibuka dalam banglo lama.

Di tengah Jakarta, toko dan gedung terkemuka dibanjiri oleh orang ramai yang ingin mendapatkan diskaun istimewa. Sesuatu yang harus dipuji ialah kebanyakan penguasa memasang kain rentang bagi mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.

Selepas waktu tengah hari, bazar di Jalan Sabang sesak dengan kunjungan pekerja pejabat untuk membeli juadah berbuka. Bazar yang dikunjungi segenap lapisan masyarakat ini meriah dengan hidangan seperti bebek bakar (itik bakar), pecel lele (ikan keli), sate padang dan sup kambing.

Kemang Food Festival pula menjadi golongan berada dan kelompok selebriti untuk menjamu selera. Kebanyakan restoran ini menampilkan hidangan “ala carte” dalam suasana “fine dining” untuk majlis berbuka puasa.

Golongan miskin juga tidak mahu ketinggalan menyambut kemeriahan Ramadan. Ada yang memenuhi masjid untuk berbuka sebelum bersembahyang tarawih. Selepas tarawih, ada pula kumpulan penyanyi yang berarak di sekitar Jakarta bagi membangunkan warganya untuk sahur.

Menariknya, dalam keghairahan membeli, penulis diingatkan oleh rakan berbangsa Indonesia supaya berhati-hati apabila ada warung tepi jalan yang menjual baki makanan bufet yang didapatkan daripada hotel sekitar Jakarta.

Petikan - Harian Metro

Medan Syurga Beli Belah

Kota Medan menawarkan pelbagai barangan dengan kadar yang murah selain pelbagai barangan kulit asli dan fabrik khususnya kain batik bermutu tinggi, pastinya memikat pengunjung untuk berbelanja besar.

Anda pasti terperanjat peniaga di seberang turut menjadikan nama besar selebriti tanah air seperti Mawi dan Sheila Majid untuk memancing pelancong dari Malaysia mengunjungi gerai mereka.


Namun, ramai berpendapat Medan di Sumatera Utara, Indonesia kini bukan lagi kawasan tumpuan beli-belah. Ini berikutan harga ditawarkan tidak semurah dulu, tetapi sekiranya bijak menawar maka barangan yang dibeli itu memang berbaloi.

Pengalaman menarik penulis ketika membeli-belah di toko yang bukan saja menjual pelbagai barangan jeans dan kulit tetapi membuat kasut dan menggunakan tanda perniagaan 'Made in USA'. Menariknya, apabila ditanya, pantas pemilik menjawab, 'Usaha Sendiri Aja'.

Medan memang bandar sibuk dan padat. Di sini juga letaknya sebuah istana lama kepunyaan Sultan, Istana Maimoon dan Masjid Raya yang menjadi satu-satunya peninggalan kesultanan Deli yang memerintah pada 1888.

Istana Maimon agak unik dan kaya dengan seni ukiran yang menghiasi dinding, serambi hinggalah kepada perabotnya yang penuh dengan ukiran yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Malah, istana yang berusia hampir 150 tahun itu turut mempunyai pelbagai lampu hiasan pelbagai warna yang begitu menakjubkan.

Destinasi berikutnya penulis mengunjungi Berastagi, satu lagi pergunungan berapi yang masih aktif. Oleh kerana jaraknya hanya dua jam dari Medan, penulis mengambil keputusan menyewa van kerana mahu kembali semula ke Medan.

Kembali ke Medan, kami meneroka kehidupan malam di kota ini.

Banyak penjaja dan pemilik kedai berketurunan Batak, manakala bakinya datang dari daerah berhampiran termasuk Bandung. Terkejut seketika apabila ada penjaja yang menjual babi panggang di bahu jalan. Tetapi itulah realiti negara jiran yang mempunyai ratusan etnik, suku kaum dan agama.

Tuesday, January 13, 2009

MASUM fair 2009

After a great success in organizing the 1st MATTA INTERNATIONAL FAIR SELANGOR - UMRAH & MUSLIM TRAVEL or better known as MASUM 2008, the organizing committee was happy to note that many exhibitors participated in MASUM 2008 and visitors who graciously visited our booths acknowledged the simple fact of convenient on having such travel fair outside of Kuala Lumpur.

The Fair was said to be unique and very much targeted to a significant number of group wanting to search for good travel packages and reliable travel agencies.

On that note, we are happy to announce that the next MASUM will be held at the same venue which is Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Section 7, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan on 6th, 7th & 8th February 2009.

We hope MASUM 2009 will attract more than 30,000 visitors with better packages to be offered, attractive rates on the airfares, introduction on exotic destinations and much, much more.

We not only believe MASUM 2009 will bring the travel operators closer to the consumers but also to create business opportunities to network amongst potential business partners.

See you at MASUM 2009

Jeffry Sulaiman
Chairman / Organiser

MAS hapus surcaj bahan bakar domestik

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd. (MAS) akan menghapuskan surcaj bahan bakar domestik bermula esok.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penurunan harga minyak, tekanan persaingan dan perlunya meledakkan perjalanan udara dalam situasi ekonomi yang perlahan masa kini.


Utusan online update, 13Jan 2009

Nusa New Lot

Pemberitahuan...

Nusa Leisure telah membuka satu lagi lot baru yang beralamat di 2-44 Kompleks Hentian Kajang yang mengkhususkan untuki operasi jualan tiket murah Airaberwatsia dan MAS Online, dan urusan pakej-pakej akan beroperasi di lot 2-43 seperti biasa. Harga2 pakej ke Indonesia untuk tahun 2009 pula akan diupload sebelum 20hb January...semestinya harga yang lebih murah dari biasa, dan berwarna warni agar tidak nampak kaku.....semua orang suka pada yang cantik....maka secara sedikit sebanyak kami cantikkan persembahan....dan yang pasti juga perjalanan program yang indah, yang cantik molek......!!!!

Monday, January 12, 2009

Kota Kinabalu Sabah...

Aku baru balik dari melihat suasana negeri Sabah, mana tahu ada benda baru yang boleh dipakejkan, semua orang suka kelainan yang baru, maka aku harus mencari yang baru untuk dipakej, dijual seterusnya membuat semua orang bisa senyum....Tapi untuk ke sana, mengambil pakej free easy adalah lebih bagus, dan di sini aku ceritakan beberapa tips yang menarik, boleh dijadikan panduan..

Penerbangan
Aku menggunakan penerbangan MAS, beli masa tiket offer, jauh lebih murah dari Airasia...keselesaan sama kerana hanya gunakan pesawat 737...yang lebih hanya ada makan...Airasia harus beli...penerbangan mengambil masa 2jam 40minit...sempat 2 kali tidur untuk kaki tidur dan 5kali baca akhbar jika minat belek akhbar....

Penginapan
Penginapan yang bagus rasanya di Api-Api Center...di kawasan ini banyak apartment dan hotel untuk disewakan. Dikawasan ini ada Promenade hotel. Kawasan sekeliling begitu banyak fasiliti, ada bank, ada 7E, ada pusat urut, ada cafe cyber, ada cafe makan, tempat jual kereta etc....lain kata untuk free easy agak senang menginap di area ini....

Pengangkutan
Dari airport taxi cost hanya RM20...aku dapat innova...rasanya dekat jer...kurang 15 minit dah sampai...tapi tak apalah...cost itu sesuai dibayar, kalau mau murah nanti pak supir mau makan apa...

Untuk free easy package, banyak kenderaan sewa pandu sendiri terdapat di area sini. Untuk harga yang murah, boleh kontak orang ini, orangnya bagus nama Saufi 0198214405...dan untuk pengetahuan anda, dia adalah orang yang berikan sewa yang paling murah untuk sewa kereta dalam banyak2 kontak yang aku hubungi....

Perjalanan
Banyak benda yang mau diceritakan..tapi masa terhad untuk aku terus menulis...
esok aku akan post lagi cerita untuk dikongsi bersama....

Thursday, January 8, 2009

Jogja Nusa Travel

We booked a cab for 3.30 a.m. from our apartment to KL Central where we took the bus to LCCT. Group checked-in was smooth and the agent, Nazeran will accompany us in this trip. When we arrived at Adisumarmo Airport, Solo we were met by Pak Kiki, the tour guide and boarded the tour bus to Jogyakarta. On the way the bus stalled and we had to wait almost an hour for another bus to pick us.

After we checked in the Mutiara Hotel, the rest went out shopping along the Malioboro street packed with rows of sidewalk vendors. This is the primary shopping street for tourists in the city. He and I took a nap till it was time to ride the ‘andong’ to the Royal Restaurant for a buffet dinner.After dinner we made appointment with the spa for a relaxing tradional massage.


adapted from
Musmun.blogspot
(Bank Negara Malaysia)

Warna Hijau Kota Padang

PERCUTIAN ke wilayah Sumatera Barat, memang memberikan pengalaman berbeza berbanding berkunjung ke daerah pelancongan lain di Indonesia.
Ini kerana sebahagian besar penduduk wilayah seluas 43,297 kilometer persegi itu terdiri daripada masyarakat Minangkabau yang beragama Islam.

PERCUTIAN ke wilayah Sumatera Barat, memang memberikan pengalaman berbeza berbanding berkunjung ke daerah pelancongan lain di Indonesia.

Ini kerana sebahagian besar penduduk wilayah seluas 43,297 kilometer persegi itu terdiri daripada masyarakat Minangkabau yang beragama Islam.


Pertuturan penduduk di sini juga menggunakan dialek Minang, bukannya bahasa Indonesia.

Justeru, ia terasa dekat dengan masyarakat Malaysia yang turut mempunyai etnik keturunan Minang. Malah, amat mudah untuk mendapatkan makanan halal di wilayah ini.

Apa yang pasti, Padang dan Bukit Tinggi adalah destinasi pelancongan wajib jika berkunjung ke wilayah itu. Padang yang menghadap Lautan Hindi, bandar terbesar dan ibu negeri Sumatera Barat manakala Bukit Tinggi di ketinggian 1,000 meter dari aras laut destinasi pelancongan tanah tinggi cukup menarik.

Sebelum menjejakkan kaki ke bumi Sumatera Barat, ciri Minangkabau sudah terserlah menerusi keunikan bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Minangkabau, Padang.

Dari tingkap pesawat, bentuk bumbung Minangkabau lapangan terbang berkenaan yang melengkung tajam di kedua-dua belah hujungnya menyerupai tanduk kerbau, menyerlahkan identiti Minangkabau di wilayah berkenaan.

Penduduk wilayah itu juga masih kuat berpegang kepada Adat Perpatih seperti harta pusaka, gelaran dan nama suku diturunkan menurut salasilah keturunan di sebelah ibu.

Rombongan Nusaleisure Travel Sdn Bhd seramai 70 orang menggunakan penerbangan AirAsia dan mengambil masa kira-kira satu jam 10 minit dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Minangkabau.

Padang bukanlah kota metropolitan seperti Jakarta atau Kuala Lumpur. Malah, pembangunannya tidak jauh bezanya dengan Alor Star, Kedah.

Padang menawarkan kehijauan alam semula jadi dengan pemandangan sawah padi di banjaran bukit serta perkampungan tradisional selain pantai menarik.

Antara destinasi lain, Muzium Adityawarman di Jalan Diponegro. Keunikan muzium ini dibina berbentuk rumah gadang (besar) atau rumah adat masyarakat Minangkabau yang mengandungi lebih 6,000 koleksi.

Pantai Air Manis, kira-kira sejam perjalanan dari pusat bandar menawarkan lokasi terbaik untuk bersantai di samping memaparkan legenda anak derhaka bernama Malim Kundang yang disumpah ibunya menjadi batu.

Di tepi pantai ini, terdapat replika sebuah kapal batu yang dibina semula dengan pelbagai peralatan dan tempayan berisi harta.

Selain itu, di tengah pusat bandar terdapat pasar yang dibuka seawal jam 7 pagi hingga 6 petang. Ia menjual buah-buahan, cenderamata dan pakaian.

Bandar itu turut meriah dengan bunyian hon van penumpang atau angkutan kota (angkot) yang reka bentuknya diubah suai serta dicat pelbagai warna.

Kami turut dibawa ke Bukit Tinggi. Walaupun hanya 90km dari Padang, perjalanannya memakan masa lebih dua jam kerana laluan sempit dan berliku.

Lembah Anai, kira-kira 30km dari Padang menjadi lokasi persinggahan pertama kami. Menyusuri Lembah Anai yang dikelilingi bukit bukau serta air terjun cukup mempesonakan.

Laluan ke Bukit Tinggi turut dihubungkan dengan landasan kereta api sehingga kawasan berbukit di Lembah Anai. Ia menghubungkan Pelabuhan Teluk Bayur di Padang sepanjang 155km melewati Padang Panjang, Danau Singkarak dan Sawahlunto.

Bagaimanapun, landasan kereta api itu yang dipercayai dibina pada zaman pendudukan Jepun kini tidak lagi digunakan. Namun, ia menjadi salah satu tarikan pelancong.

Menariknya di Bukit Tinggi, suhunya yang sejuk persis Cameron Highlands atau Genting Highlands. Kedudukannya di lembah dan diapit Gunung Singgalang dan Gunung Merapi menjadikan pemandangan di sini cukup indah.

Menara Jam Gadang (Jam Besar) peninggalan penjajah Belanda di tengah-tengah bandar Bukit Tinggi menjadi lokasi riadah penduduk setempat. Tidak jauh dari situ, terletak Pasar Atas dan Pasar Bawah yang menjual pelbagai barangan dan cenderamata dengan harga murah.

Di Bukit Tinggi, tiada pusat hiburan, pub atau karaoke untuk berhibur pada waktu malam. Penduduk dikatakan enggan membenarkan premis itu dibuka.

Bagaimanapun, Bukit Tinggi syurga membeli-belah terutama jika mahu membeli kain telekung, tudung serta pelbagai kain tenunan dan sulaman berkualiti tinggi yang dijual murah.

Kain telekung berkualiti tinggi dijual di antara RM30 hingga RM70.

Kain sulaman dari Bukit Tinggi dikatakan antara yang terbaik di Indonesia. Proses pembuatannya amat teliti dan mengambil masa yang lama.

Jika ke Bukit Tinggi, jangan lupa mengunjungi kawasan panorama Ngarai Sianok (Sianok Canyon) untuk melihat pemandangan lembah memukau.

Anda boleh melihat pemandangan Gunung Singgalang, selain panorama sungai dan perkampungan di dasarnya.

Kawasan itu turut menempatkan Lobang Jepang (Lubang Jepun) iaitu terowong bawah tanah ketika pendudukan Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Terowong itu dikatakan lokasi persembunyian tentera Jepun selain menempatkan pejabat pentadbiran, penjara serta tempat menyeksa tawanan.

Penulis difahamkan terowong terbabit sepanjang 14 km, tetapi hanya satu km dibuka untuk pelancong.

Rombongan kami turut singgah ke Tasik Maninjau kira-kira 16km dari bandar Bukit Tinggi. Laluan berliku mungkin membuatkan kepala pusing, namun ia akan terubat apabila melihat panorama indah tasik seluas 100km persegi itu.

Tasik yang berlatarkan gunung-ganang ini mencecah kedalaman maksimum hingga 165 meter.

Berkunjung ke Padang dan Bukit Tinggi memang memberi kepuasan terutama menghayati panorama indah, mendamaikan jiwa melihat adat perpatih dan membeli-belah.


Sedutan

Harian Metro, Khamis 25Dec 2008

Medan Lake Toba

TIADA yang lebih indah apabila pesawat AirAsia AK939 meluncur laju memasuki ruang udara Sumatera Utara, Indonesia sekali gus menandakan kami semakin hampir dengan tempat dituju, Medan.

Tidak dapat disembunyikan lagi bahawa bunga-bunga keriangan memenuhi ruang hati penulis dan rombongan Nestle, Shah Alam. Tidak sabar rasanya untuk menikmati keindahan dan pengalaman di kota terbesar di daerah Sumatera Utara ini.

Rombongan penulis yang dibawa oleh Nusa Leisure Travel Sdn. Bhd. disambut dengan senyuman mesra pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia yang menjadi salah satu gerbang masuk utama ke bahagian utara Indonesia. Sememangnya pengalaman melancong bersama Nusa Leisure Travel tidak sedikit pun membuatkan anda berasa rugi atau bosan kerana tempat yang dijanjikan menarik dan mempunyai keistimewaan tersendiri.


MAKAM Batu Raja Batak yang sangat menarik untuk dilawati.


Tidak hanya mementingkan masa membeli-belah, mereka turut menyajikan tempat-tempat bersejarah dan menarik untuk dilawati oleh kami.

Pakej paling murah yang ditawarkan oleh Nusa Leisure Travel ini bukan sahaja mampu dibayar tetapi juga memberi kepuasan.

Agenda utama percutian selama empat hari tiga malam tentulah menyaksikan keindahan Danau Toba atau dikenali sebagai tasik lautan.

Tasik seluas mata memandang yang terbentuk hasil letusan gunung berapi dan dikelilingi bukit bukau yang menghijau serta perairan yang membiru turut bertambah unik dengan kehadiran kaum Batak sekali gus tradisinya pasti menjanjikan kelainan dalam diari percutian anda.

Lupakan jarak perjalanan yang agak jauh iaitu 200 kilometer gara-gara kesibukan lalu lintas dan struktur geografinya yang berbukit-bukau kerana keindahan panorama sepanjang jalan cukup memukau mata.

Dengan menaiki bas, perjalanan menuju ke tempat idaman pencinta alam semula jadi ini lebih bertumpu kepada pemandangan pola penduduk dari segi taraf hidup, fahaman dan aktiviti seharian.


RUMAH-RUMAH tradisi kaum Batak yang masih gah untuk dilawati.


Kami menempuh beberapa daerah dan pekan sebelum sampai ke destinasi pilihan seperti Lubuk Pakam, Perbaungan, Sei Rampah, Tebing Tinggi, Pematang Siantar dan Tigadolok sebelum sampai ke Parapat. Ia cukup memberi perspektif baru kepada penulis dalam memahami cara hidup rakyat negara yang mempunyai umat Islam paling ramai di dunia.

Walaupun sebentar, persinggahan di pekan Pematang Siantar cukup menarik perhatian penulis kerana ia merupakan bandar kedua terbesar yang terletak kira-kira 128km ke selatan Medan. Sepanjang perjalanan ke sana, kami dijamu dengan panorama kawasan pertanian seperti pokok getah, pokok kelapa sawit, teh dan tembakau.

Menenggelamkan diri sebentar dengan hasil bumi yang menjadi eksport komoditi utama daerah ini, Permatang Siantar, ibu kota daerah Simalungan di Sumatera Utara ini cukup kaya dengan jualan produk makanan kering seperti biskut dan kerepek berasaskan kekacang.

Sesekali mata terarah ke beberapa lokasi persemadian di kawasan tertentu sekali gus membuatkan penulis faham mengenai populasi di tempat ini yang diwarnai dengan pelbagai agama didahului Kristian diikuti Islam, Hindu dan Buddha.

Keunikan kubur-kubur ini adalah kerana ia mudah sahaja dilihat di halaman atau belakang rumah atau kawasan pertanian.


PENGANGKUTAN utama untuk membawa pelancong ke perkampungan Batak.


"Dah sedia nak ambil gambar?" bisik seorang teman ketika bas yang dinaiki melalui satu kawasan. Dengan sedikit terpinga-pinga, ruang cermin bas itu dijengah dan hati mula berbunga apabila tasik yang membiru mula menampakkan dirinya di balik celahan pepohon kayu hutan yang merimbun.

Tidak dapat dinafikan bahawa saya benar-benar teruja apabila destinasi yang sering bermain di benak iaitu Parapat, terbentang jelas di depan mata.

Gah tasik seluas 1,130 kilometer persegi dengan kedalaman 450 meter serta 35km lebar tidak dapat disembunyikan lagi. Ungkapan mudah, penulis sendiri tidak pasti di mana hujung atau pangkalnya tasik ini. Memang benar, ia selaut mata memandang.

Usai mengabadikan diri dengan keindahan ciptaan Tuhan itu, kami bertolak pulang dengan segala kepuasan yang tidak dapat diungkap. Pastinya, hati cukup berat meninggalkan Danau Toba.

Fajar yang menjengah keesokan hari memberi laluan kepada satu lagi pengalaman berharga buat penulis. Kunjungan ke perkampungan kaum Batak yang terkenal dengan legenda tersendiri pasti tidak akan dilupakan.

"Kalau ikutkan hati, nak saja dibawa pulang ukiran kayu ini," gurau seorang teman yang teruja dengan keindahan ukiran tangan di setiap sudut rumah kaum istimewa ini.

Melawat Desa Tomok dan Ambarita sebagai hentian seterusnya di Pulau Samosir yang merupakan perkampungan kaum Batak yang masih menyimpan pelbagai khazanah peninggalan nenek moyang termasuk adat dan tradisi tersendiri, ia cukup memberikan gambaran bahawa khazanah itu tidak dapat dijual beli.

Ternyata, kegusaran kunjungan singkat ke Danau Toba mengenai penginapan, makan dan minum tidak perlu difikirkan. Ini kerana anda hanya perlu memilih di mana untuk anda melabuhkan tirai malam sama ada di kawasan bukit atau di tepi-tepi perairan tasik.

Yang pasti, kedua-dua pilihan ini menjanjikan pengalaman menarik serta malam yang menyegarkan tanpa gangguan.

Bagi penggemar fotografi, pengabadian keindahan panorama di Bukit Simarjarunjung pasti memberi kepuasan kepada anda kerana sajian bukit bukau dan tanaman di lereng bukit cukup membuatkan lensa anda tidak henti dipetik.

Nasihat penulis bagi yang ingin berkunjung ke sini, jangan lupa menikmati secawan teh halia dan pisang goreng panas. Cukup lazat.

"Macam di Cameron Highlands," kata seorang ahli rombongan setibanya di Brastagi. Pemandangan enak pada waktu subuh di Brastagi cukup menggetarkan sukma ditambah pula dengan tanaman yang subur dan hamparan padi menghijau. Melihatnya, seolah-olah menunaikan janji kepada ketenangan jiwa yang hakiki.

Destinasi terakhir penulis ialah Medan.

Perjalanan ke Medan hanya mengambil masa lebih kurang sejam membawa penulis ke pasar buah yang menjual pelbagai jenis buah-buahan segar seperti buah salak madu, pisang kaki dan buah cinta. Malah penulis sempat menikmati jagung manis yang dijual peniaga di situ.

Kemudian, penulis dan rombongan dibawa melawat Istana Maimoon. Istana ini merupakan antara warisan budaya nenek moyang yang masih segar dengan seni reka bentuknya tidak ubah seperti seni bentuk tradisional istana-istana Melayu.

Dilihat dari segi reka bentuknya, Istana Maimoon memiliki nilai tinggi dan mendapat tempat tersendiri dalam sejarah kesenian Islam di Indonesia. Melihat ruang dalam istana tersebut, nyata masih terpelihara segala ukiran malah singgahsana sultannya turut tersergam indah untuk dilihat.

Tidak lengkap rasanya jika tidak membeli-belah di pasar terkenal di Medan iaitu pasar ikan! Jangan tertipu kerana pasar ikan yang dimaksudkan ini adalah tempat menjual pakaian dan perhiasan diri.

Pelbagai jenis fabrik boleh didapati di situ malah, jika anda ingin membeli telekung, sejadah, kain batik dan pelekat untuk diberi kepada rakan-rakan atau ahli keluarga, inilah tempatnya.

Tentang harga, usah risau kerana ia pasti berbaloi dan sekiranya anda pandai tawar-menawar maka sudah tentu harga yang diinginkan boleh diterima. Untuk bakal pengantin, di sini juga anda boleh membeli fabrik yang cantik dan sesuai untuk dipakai pada majis raja sehari.

Pastinya, pengalaman penulis bersama rombongan berkunjung ke Medan menjadi satu peristiwa yang sangat berharga.


SEBAHAGIAN peserta rombongan yang tidak melepaskan peluang meneroka keunikan Istana Maimon.


Jika inginkan percutian yang lebih menarik dan berbaloi, Nusa Leisure Travel pasti menjanjikan kepuasan. Selain lawatan ke Medan, Nusa Leisure Travel turut menawarkan pakej ke Thailand, Indonesia dan Beijing dengan harga mampu bayar.

Sekiranya berminat untuk menyertai rombongan seterusnya dengan layanan lima bintang, hubungi Nazeran Jusoh di talian 012-3829202 atau 019-3829202 atau layari www.nusatra.com


Sedutan - KOSMO, Utusan Malaysia
Salam sejahtera dari Nusa Leisure Travel Sdn Bhd.....di sini dibuka satu lembaran baru untuk menceritakan dan berkongsi khabar gembira suka duka dunia pengembaraan....bagi kami, tak semua dapat memijak satu tanah yang jauh, tapi kami yakin semua akan merasai juga menghayati melalui penceritaan..semoga ianya memberi penuh makna......!!!!


nukil
Nax nusa
10 Dec 2009