Tuesday, May 5, 2009

PADANG MENGGAMIT LAGI


KEHIJAUAN TANAH PADANG menggamit lagi kami ke sana beserta rombongan dari NESTLE Shah Alam untuk menghayati keindahan semulajadi bumi minang yang terletak di Sumatera Barat. Penerbangan dengan Airasia mengambil masa lebih kurang 1 jam tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau dan kami semua dijemput oleh wakil kami di sana dengan penuh senyuman.

Nanti saya akan menulis lagi tentang aktiviti-aktiviti kami disana selama 4 hari disertakan gambar2 yang menarik untuk bacaan anda semua.

Terima kasih


Nazeran, 5 May 2009

Sunday, May 3, 2009

Phuket kembali segar
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my


JIKA tidak terpandang papan tanda 'evacuation route', pasti ada yang terlupa Phuket turut menerima kesan buruk bencana tsunami akhir 2004.

JIKA tidak terpandang papan tanda 'evacuation route', pasti ada yang terlupa Phuket turut menerima kesan buruk bencana tsunami akhir 2004.

Apa tidaknya, pantai Patong yang terjejas teruk akibat tragedi itu, kini sesak dengan kebanjiran pelancong asing untuk pelbagai aktiviti rekreasi air.


Wajah Eropah di setiap pelosok pulau menguatkan lagi andaian. Phuket tidak lagi suram, tetapi kembali bangkit menjadi pilihan pelancong antarabangsa di rantau ini.

Patong seperti dulu masih menjadi tumpuan utama pelancong. Mulai tengah hari, ia mula dibanjiri pelancong untuk aktiviti rekreasi air seperti luncur angin, jet ski dan paragliding.

Bangla Road menempatkan gerai dikuasai penjaga kedai warga Bangladesh pula lokasi utama beli-belah di Phuket.

Harganya, walau tidak semurah di Bangkok, tetapi masih berpatutan jika anda pandai menawar.

Wajah sebenar Patong hanya tersingkap selepas senja. Dari kafe, pub dan restoran, semua berlumba-lumba menyajikan pelbagai hiburan dan persembahan eksotik.

Kunjungan ke Phuket kurang lengkap jika tidak mengunjungi Koh Phang Nga atau Pulau James Bond dan Koh Phi Phi.

Wakil media dari ibu kota yang diterbangkan Firefly ke pulau peranginan itu, baru-baru ini turut berpeluang menikmati pemandangan indah Phang Nga Bay.

Untuk ke sana, kami dibawa meninggalkan pulau ke tanah besar menerusi jambatan baru untuk ke jeti Surakhorn.

Perjalanan dengan bot selama 45 minit kemudian akan menyusuri hutan paya laut dan pulau batu kapur setinggi 300 meter (m) yang seakan-akan bertaburan di Laut Andaman.

Menariknya, perjalanan ini memberi peluang pengunjung menyaksikan keunikan pelbagai bentuk

stalaktit dan stalagmit apabila memasuki gua batu kapur.

Destinasi dituju adalah Koh Phang Nga, pulau yang menjadi latar filem James Bond: The Man With The Golden Gun (1974).

Watak Roger Moore sebagai Bond dalam filem ini menentang pembunuh upahan termahal dunia, Francisco Scaramanga, sekali gus meletakkan nama pulau ini di peta pelancongan dunia.

Setiap hari, ratusan bot membawa pelancong yang ingin merakamkan gambar bersama Ko Tapu, batu kecil berbentuk jarum yang dirakamkan dalam babak penting filem ini.

Pantainya agak landai, namun perairannya kurang sesuai untuk aktiviti mandi manda.

Pelancong juga gemar merakamkan gambar pada kesan rekahan batu yang tergelincir akibat gempa bumi dasar laut ribuan tahun lalu.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Koh Panyi, untuk menikmati makanan laut segar di restoran terapung milik penduduk Islam.

Menurut pemandu pelancong kami, May, pulau itu mendapat namanya daripada perkataan panji atau bendera dan dihuni oleh penduduk Islam dan mempunyai masjid dengan kubah keemasan.

Katanya, ketika tsunami, kampung atas laut seluas padang bola sepak tidak terjejas kerana dilindungi pulau batu kapur di sekelilingnya.

Lawatan setengah hari ke Koh Phang Nga meliputi pengangkutan pergi balik dari hotel ke jeti, kembara paya bakau dan makan tengah hari di Koh Panyi ditawarkan pada harga sekitar RM100.

Pulang ke Phuket, ada banyak hiburan menunggu pelancong. Simon Cabaret umpamanya dibarisi 'jelitawan' Siam, aksi genit 'Tina Turner' dan lontaran vokal 'Surpreme' ternyata menghiburkan.

Bayaran hanya RM80, jauh lebih murah berbanding lebih RM100 yang perlu dibayar untuk menyaksikan 'Fantasy of a Kingdom', produksi ala Las Vegas di Phuket Fantasea.

Persembahan ini menampilkan kebudayaan Siam merentasi kerajaan lama, lagak ngeri, akrobatik, ilusi dan diserikan dengan aksi 30 gajah secara langsung selama kira-kira dua jam.

Selain pertunjukan itu, taman tema budaya dan legenda masyarakat Thai di pantai Kamala, 9 kilometer (km) dari Patong ini juga menyediakan banyak permainan untuk seisi keluarga.

Jangan terkejut sekiranya perlu melalui pemeriksaan ketat sebelum memasuki panggung khas di Palace of Elephants.

Pengunjung juga berpeluang bergambar dengan anak harimau dan memberi makan gajah sebelum persembahan bermula.

Tiket pertunjukan laris saban malam, jadi anda perlu membuat tempahan awal untuk mendapat tempat duduk yang lebih dekat dengan pentas.

Lebih istimewa, tenaga persembahan yang memakai kostum tradisional akan berbaris mengiringi anda pulang sehingga ke pintu keluar taman.



# TARIKAN LAIN


Selain Koh Phang Nga, panorama Koh Phi Phi dikelilingi batu kapur setinggi 100m begitu mempesonakan.

Hanya Phi Phi Don mempunyai penempatan penduduk manakala Phi Phi Leh tidak boleh didiami.

Keindahannya juga mengundang pembikin filem Hollywood yang menjadikannya latar filem The Beach lakonan Leonardo DiCaprio pada 1999.

Kini, Maya Bay yang menjadi pemandangan utama dalam filem dibanjiri pelancong untuk sama ada untuk berjemur dan snorkling.

Selain itu, anda boleh singgah di beberapa kem gajah, Zoo Phuket untuk bergambar dengan harimau, pusat pemuliharaan ungka atau berkelah di Air Terjun Tong Sai dan Bang Pae.

Selain itu, ada muzium dan taman orkid atau mencuba terjun lelabah di Kathu.



# PANDUAN HALAL


Nama Phuket diambil daripada perkataan Melayu, 'bukit' kerana ada banyak kawasan tanah tinggi di sekeliling pulau ini. Penduduk asalnya adalah orang laut dari Indonesia.

Mengikut peta Eropah, ia pernah digelar Junk Ceylon, juga daripada perkataan Melayu Tanjung Salang. Hampir 30 peratus penduduknya Melayu Islam sekali gus memudahkan mencari makanan halal.

Ada banyak kedai makan dan restoran makanan halal terutama di bandar Phuket. Tipnya mudah, cari kedai berhampiran masjid.

Jika datang secara berkumpulan, anda boleh mencuba Bansangduan. Pemiliknya, Kun Ali, yang fasih berbahasa Melayu berkata, restoran ini turut menyediakan sambal belacan selain tomyam.

Lima minit perjalanan dari lapangan terbang, Rojarin di pantai Naiyang amat popular dalam kalangan masyarakat tempatan. Selain itu, majoriti kedai serbaneka turut menjual hotdog halal.

Friday, April 17, 2009

HATI HATI....

Pelancong Malaysia ke Indonesia diminta awasi serunding babi
17/04/2009 6:40pm

JAKARTA 17 April — Berikutan penemuan lima jenama ’abon’ (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran, seperti yang disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, pelancong Malaysia terutama yang beragama Islam ke sini perlu lebih berhati-hati.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi dalam lima jenama.

“Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (polymerase chain reaction),” kata Ketua BPOM, Husniah Rubiana Thamrin, seperti dipetik akhbar tempatan, Republika, hari ini. - Bernama

Wednesday, March 11, 2009


KOMUNITI KITA

Kakitangan MPKj jelajah Taman Negara

AHLI Kelab Kembara MPKj bergambar kenangan di Taman Negara baru-baru ini.


CABARAN. Seramai 40 orang kakitangan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) daripada pelbagai jabatan telah mengadakan Program Eksplorasi Taman Negara selama tiga hari baru-baru ini.

Pengerusi program, Rajani Rajimin berkata, program anjuran Kelab Kembara MPKj itu dikendalikan oleh Nusa Leisure Travel Sdn. Bhd. dan ia bertujuan membolehkan peserta menimba pengalaman baru di samping melepaskan mereka daripada tekanan bebanan kerja.

"Sangat menarik kerana aktiviti kami penuh. Antaranya ialah berjalan di atas jambatan gantung, mengembara pada waktu malam, menjelajah gua telinga, melawat taman ikan kelah dan paling menarik, melawat perkampungan Orang Asli suku Temuan," katanya.

Friday, February 27, 2009

Promosi Tiket AIRASIA


Salam buat semua pelanggan dan terima kasih atas sokongan anda..

MAC telah mengirai tirainya dan NUSA memberikan promosi yang menarik pada bulan ini dengan memperkenalkan promosi charge tiket RM10.

Sila ikuti langkah ini untuk membuat tempahan
1. Lihat destinasi, tarikh dan harga di www.airasia.com atau hubungi kami untuk bantuan
2. Masukkan bayaran ke CIMB atau Maybank2u
3. Anda akan menerima tiket penerbangan samada melalui SMS, email atau faxs.

caj untuk proses ini hanya RM10.00, dan para pelanggan dapat menjimatkan masa...

PROMOSI TERHAD SAHAJA.......

Sunday, February 15, 2009

NUSA LEISURE TRAVEL NEW LOT

NUSA TRAVEL NEW LOT sedang direnovasi dan dikhususkan untuk system pengurusan tiket penerbangan dalam Negara dan luar Negara. Semoga ianya menjadi pusat sehenti yang paling dekat untuk warga Bangi dan Kajang untuk mendapatkan tiket penerbangan juga khidmat nasihat tentang pelancongan.

Lot yang dijangka akan dibuka secara resminya pada 1 Mac 2009 ini menampilkan warna merah sebagai warna asas sesuai dengan tema korporat Nusa Travel.

Berdekatan dengan pejabat-pejabat kerajaan seperti Jabatan Imegresen, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Dadah Kebangsaan, Kumpulan Simpanan Wang Pekerja, Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain jabatan memberikan kemudahan kepada pengunjung menguruskan urusan semasa pada satu tempat dan menjimatkan masa.

Tuesday, February 10, 2009

JAKARTA BANDUNG OPEN PACKAGE

Open package ke Jakarta-Bandung selama 4H3M akan berlangsung pada 21-24 MEI 2009....
Harga yang cukup menarik ditawarkan iaitu cuma RM1280.00 bersih termasuk tiket penerbangan, hotel, makan minum, tour guide juga cukai.

Kekosongan hanya ada 15 tempat duduk saja lagi...siapa cepat dia dapat!!!!

Berminat sila hubungi kami di 03.87338202 atau 019.3829202......